Isnin, 14 Januari 2008

AGM Utara Bikers

Perhatian Untuk Semua Ahli Utara Bikers

AGM Utara Bikers untuk tahun 2008 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 2hb February 2008
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Kelab Safira Sebarang Jaya

Semua ahli diminta untuk hadir dengan "Official Utara Bikers Uniform"

Terima Kasih

Sabtu, 15 September 2007

Layan koner di trek SEPANG......

Pejuang2 jalanan telah bersedia utk membelasah koner di Sepang....... jangan ada yg tertonggeng dah laaa.....



Seramai 14 orang ahli kelab Utara Bikers ke Litar Sepang untuk merasai kenikmatan sebenar melayan koner2 yang terdapat di Litar Sepang. Kesemua ahli telah diberikan penerangan yg terperinci oleh Saudara Norhisham (Kapten) berkenaan cara-cara yang betul serta langkah-langkah keselamatan ketika berada didalam trek. Sesemua ahli memberikan perhatian yang sepenuhnya sehinggakan ada yang terus mengganguk-anggukkan kepala secara terus menurus......




Sebelah pagi sebelum memulakan acara di trek, kesemua ahli sekali lagi diberikan penerangan serta pemeriksaan moto dijalankan serentak. Kepada moto-moto yang tidak berada didalam spesifikasi yang ditetapkan, hanya dapat melelehkan air liur melihat rakan2 mereka mengasah lutut di setiap koner (Dok kat pit.... tgk moto je lah...)


Setelah melayani koner2 yang berada ditrek selama lebih kurang 2 jam... kesemua ahli berpuas hati dengan persembahan masing2 (kira cecah 300km/j......) Pulang ke Utara dengan dengan harapan akan kembali ke Sepang untuk sekali lagi mengasah lutut..........

Isnin, 18 Jun 2007

Laman Web Kelab Utara Bikers sedang dalam pembinaan

Assalammualaikum...

Terlebih dahulu ingin dipanjatkan kesyukuran kepada ilahi diatas kerahmatan dan kesejahteraan yang dikurniakan menjadikan Kelab Utara Bikers dapat bertahan sehingga kehari ini. 2007 adalah merupakan ulang tahun Kelab Utara Bikers yang ke 10. Laman web yang sedang dalam pembinaan ini adalah dibina sempena menyambut ulang tahun Kelab Utara Bikers yang ke 10. Dengan adanya laman web ini sedikit sebanyak dapat menyalurkan informasi-informasi terkini kepada semua ahli berkenaan perkembangan kelab, aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan serta segala informasi yang diperlukan oleh penunggang-penunggang motosikal umumnya.

Ahli-ahli adalah dijemput untuk memberikan buah fikiran, pandangan dan cadangan untuk memperkembang laman web ini. Sumbangan anda adalah sangat dihargai untuk kemajuan dan kecermerlangan Kelab Utara Bikers.


Sekian Terima Kasih
Keselamatan dan Persaudaraan
KUB Blog Administrator

Aktiviti Kelab Utara Bikers

31 August 2007 (Jumaat)
Perbarisan Hari Kebangsaan di Padang MPSP jam 6.00pg.

Tarikh : 15 September 2007 (Sabtu)
Agenda : Berbuka puasa di Penang.

Berkumpul : di Toll Jambatan pulau pinang
Baju : Bebas
Masa : 6.30ptg (CTH)

Tarikh : 30 September 2007 (Ahad)
Agenda : Berbuka puasa bersama Bikers KL.
Berkumpul : di toll Juru.
Baju : Merdeka 2007.
Masa : 5.30 petang (cth)

Tarikh : 31 November 2007 (Jumaat)
Agenda : Layan conner Cameron Highland.
Berkumpul : Di Juru R&R
Baju : Riding Suit.
Masa : 7.00 pagi (Cth)

Arkib Blog