Isnin, 18 Jun 2007

Laman Web Kelab Utara Bikers sedang dalam pembinaan

Assalammualaikum...

Terlebih dahulu ingin dipanjatkan kesyukuran kepada ilahi diatas kerahmatan dan kesejahteraan yang dikurniakan menjadikan Kelab Utara Bikers dapat bertahan sehingga kehari ini. 2007 adalah merupakan ulang tahun Kelab Utara Bikers yang ke 10. Laman web yang sedang dalam pembinaan ini adalah dibina sempena menyambut ulang tahun Kelab Utara Bikers yang ke 10. Dengan adanya laman web ini sedikit sebanyak dapat menyalurkan informasi-informasi terkini kepada semua ahli berkenaan perkembangan kelab, aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan serta segala informasi yang diperlukan oleh penunggang-penunggang motosikal umumnya.

Ahli-ahli adalah dijemput untuk memberikan buah fikiran, pandangan dan cadangan untuk memperkembang laman web ini. Sumbangan anda adalah sangat dihargai untuk kemajuan dan kecermerlangan Kelab Utara Bikers.


Sekian Terima Kasih
Keselamatan dan Persaudaraan
KUB Blog Administrator

Aktiviti Kelab Utara Bikers

31 August 2007 (Jumaat)
Perbarisan Hari Kebangsaan di Padang MPSP jam 6.00pg.

Tarikh : 15 September 2007 (Sabtu)
Agenda : Berbuka puasa di Penang.

Berkumpul : di Toll Jambatan pulau pinang
Baju : Bebas
Masa : 6.30ptg (CTH)

Tarikh : 30 September 2007 (Ahad)
Agenda : Berbuka puasa bersama Bikers KL.
Berkumpul : di toll Juru.
Baju : Merdeka 2007.
Masa : 5.30 petang (cth)

Tarikh : 31 November 2007 (Jumaat)
Agenda : Layan conner Cameron Highland.
Berkumpul : Di Juru R&R
Baju : Riding Suit.
Masa : 7.00 pagi (Cth)

Arkib Blog